Artikel ni saya simpan dah lama hinggakan dah lupa kat mana saya download artikel tersebut..artikel ini menerangkan ttg 2 terms financial, iaitu flate rate dan APR (Annual Percentage Rate) yg selalu dikaitkan dengan loan..Oleh itu, utk pemahaman lanjut silalah baca artikel di bawah..
SISTEM PENGIRAAN FAEDAH PINJAMAN
----------------------------------
Sebelum saya mulakan bicara, saya ingin bertanya sesuatu kepada anda. Jika anda diberi 2 pilihan pinjaman peribadi, yang mana satukah pilihan anda?
1 - Pada kadar 7.00% setahun untuk 5 tahun
2 - Pada kadar APR 12.00% setahun untuk 5 tahun.
Secara mata kasar, anda mungkin memilih no:1 kerana anda menyangka kadar faedahnya adalah yang terendah. Tambahan pula, pegawai bank yang mempromosikan pakej pinjaman ini, begitu beriya-iya meyakinkan anda bahawa pakej pinjamannya adalah yang terendah di pasaran, caj faedahnya cuma 7% sahaja. Betul ke apa dia cakap ni?
Sebenarnya, apa yang ramai orang tidak tahu, pakej 1 dipromosikan menggunakan kadar nominal 7%. Jika ia diconvert kepada kadar APR, kadar sebenar pakej 1 adalah 12.5% setahun. Pakej no:2 sebenarnya adalah lebih baik kerana kadar
faedahnya lebih rendah iaitu 12% setahun.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis pengiraan faedah pinjaman yang utama, iaitu :-
1 - Kadar Nominal yang dikira secara straight calculation
2 - Kadar APR yang dikira secara compounding interest
-------------------------------------------------
Kadar nominal dalam bahasa paling mudah, adalah kadar pada nama sahaja dan bukannya kadar faedah sebenar untuk sesuatu pakej pinjaman. Ia biasanya digunakan untuk pinjaman jangka pendek seperti pinjaman kereta, pinjaman
peribadi, cash-advance dan biasanya dipromosikan sebagai "kadar tetap" (fixed
rate) untuk menarik perhatian orang ramai.
Cara pengiraan bayaran bulanan untuk kadar nominal adalah mudah kerana ia dilakukan secara straight calculation.
Sebagai contoh, pinjaman peribadi RM 15,000 pada kadar nominal 7.0% setahun untuk 5 tahun.
Darabkan 7% dengan 5 tahun untuk mendapatkan jumlah faedah keseluruhan. Anda akan mendapat 0.35. Darabkan 0.35 dengan RM 15,000 = 5,250 (faedah)
Jumlah bayaran balik = RM 15,000 + RM 5,250 = RM 20,250
Jumlah keseluruhan (harga jualan) Dibahagi dengan bilangan caruman bulanan = 60 bulan
Bayaran bulanan = RM 337.50 sebulan untuk 60 bulan.
Inilah pinjaman yang menggunakan kadar nominal. Mudah bukan?
----------------------------------------------
Kadar APR pula adalah kadar faedah sebenar yang dikira secara compounding interest (faedah berganda) dan biasanya diguna-pakai untuk pinjaman jangka panjang seperti pinjaman rumah, pinjaman perniagaan dan pinjaman pelaburan ASB.
Ia mungkin boleh didapati di dalam bentuk monthly rest atau daily rest, tetapi secara asasnya, kedua kedua pakej ini masih menggunakan kadar APR yang sama, iaitu dikira secara compounding interest.
Monthly rest bermaksud pengiraan faedah mengikut baki prinsipal bulanan manakala Daily rest bermaksud pengiraan faedah mengikut baki prinsipal harian
Untuk membuat pengiraan bayaran bulanan menggunakan kadar APR, anda perlu menggunakan financial calculator atau satu cara paling mudah, gunakan calculator untuk pinjaman rumah. Ianya sama sahaja.
MEMBEZAKAN KADAR NOMINAL DAN KADAR SEBENAR APR
-----------------------------------------------------
Satu panduan asas untuk kegunaan anda, kadar nominal jika ditukarkan kepada kadar sebenar APR, ianya hampir 2 kali ganda. Sebagai contoh, kadar nominal 7% setahun utk 5 tahun, bersamaan kadar sebenar APR 12.5% setahun untuk 5 tahun.
Hampir 2 kali ganda.
Jika anda tak percaya, cuba gunakan housing loan calculator, gunakan kadar faedah 12.5% setahun untuk pinjaman RM 15,000 selama 5 tahun. Anda akan mendapat bayaran bulanan RM 337.50 sama seperti pengiraan kadar nominal di atas.
SATU PENGAJARAN
---------------
Setiap kali anda ditawarkan atau mencari pakej pinjaman, semaklah terlebih dahulu akan kadar sebenar APR yang akan dikenakan. Tidak kira samada ia pinjaman konvensional mahupun pinjaman Islamik, jangan mudah terpedaya dengan kadar nominal yang dipromosikan kerana ia sekadar kadar pada nama sahaja.
Spt yang saya katakan, kadar nominal biasanya digunakan untuk pinjaman jangka pendek, samada utk pinjaman kereta, pinjaman peribadi atau cash advance dan biasanya pengiraannya dibuat mengikut bilangan caruman bulanan. Jika anda tak pasti, tanya pegawai bank / promoter loan tersebut.
Sebagai contoh, saya kongsikan satu pengalaman peribadi. Saya pernah ditawarkan oleh sebuah bank tempatan, untuk membuat cash-advance dari kad kredit pada kadar murah seperti pinjaman peribadi. Kadar faedah yang ditawarkan adalah sebanyak 12.% setahun untuk 1 tahun dan 14.4% setahun untuk 2 tahun.
Pada mulanya memang nampak rendah, tetapi apabila saya semak pengiraan kadar bayaran bulanan, saya mendapati mereka mengenakan faedah mengikut kadar nomina, dan bukannya kadar APR seperti yang biasa digunakan untuk kad kredit.
Apabila ditukar kepada kadar sebenar APR, pinjaman 12% untuk 1 tahun menjadi 21.40% manakala pinjaman 14.4% untuk 2 tahun menjadi 25.59%.
Kadangkala pegawai bank pun tidak tahu apa itu kadar nominal atau kadar sebenar APR. Mereka hanya mempromosikan mengikut apa yang diajar kepada mereka sahaja. Sebab itulah saya sarankan kepada anda semua, cuba selidik pakej pinjaman yang dipromosikan terlebih dahulu sebelum mengambilnya.
Saya tahu, ada setengah orang suka korek lubang baru untuk tutup lubang lama. Ini merupakan satu teknik mengurangkan beban pinjaman yang ada. Tetapi jika anda tersilap pilih, anda mungkin ter'korek' lubang yang lebih dalam, untuk tutup
lubang lama.
Oleh itu, gunakan ilmu yang saya kongsikan ini, untuk menentukan pinjaman mana lebih rendah faedahnya, supaya hutang cepat selesai dan kehidupan tidak terlalu
terikat dengan bayaran bulanan yang terlalu tinggi.
Read the rest of this entry >>...