BIJAK merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya tetapi ia mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan dan pelaburan.
Kebanyakkan keluarga yang menghadapi masalah kewangan adalah :-
tidak tahu ke mana wang dibelanjakan,
tidak pasti berapa banyak hutang,
bil-bil tertunggak,
bergantung kepada pendapatan tambahan,
menggunakan kredit untuk memenuhi keperluan hidup,
menggunakan simpanan untuk keperluan harian dan
tidak dapat langsung menyimpan.
Semua petunjuk yang disenaraikan bukanlah sesuatu yang asing bagi keluarga dan ia bukan bermakna keluarga mempunyai pendapatan rendah tetapi ini menunjukkan kewangan keluarga tidak diuruskan dengan cekap dan berkesan. Mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada. Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga mampu menghadapi cabaran atau kejadian yang tidak diduga selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggung jawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.
Menggunakan wang dengan berkesan bermaksud matlamat yang ditetapkan dapat dicapai manakala mengurus wang dengan cekap bermaksud menggunakan wang seminimum yang boleh untuk mencapai semaksimum matlamat yang boleh. Oleh kerana keperluan dan kehendak itu banyak, sedangkan wang terhad, keutamaan perlu ditentukan. Sebelum membelanjakan wang, tanya diri sendiri apakah sesuatu benda atau khidmat yang dibeli itu penting? Apakah ia tidak boleh ditangguhkan?
Antara kesilapan biasa dalam mengurus kewangan ialah sikap gemar berhutang berbanding membeli sesuatu benda atau perkhidmatan secara tunai. Kaedah pembelian secara kredit (kad kredit) yang kini menjadi cara hidup ramai menyebabkan banyak keluarga mengorbankan peruntukan kewangan di masa depan seterusnya gagal membuat simpanan untuk matlamat kewangan lebih penting.
Membuat pembayaran secara ansuran biasanya lebih mahal dibandingkan bayaran tunai kerana caj kewangan dikenakan seperti faedah dan caj perkhidmatan menyebabkan lebih terhad peluang untuk berbelanja di masa depan. Inilah sebabnya mengapa ramai eksekutif muda bankrap akibat berbelanja secara berhutang yang berlaku akibat tidak dapat menyesuaikan gaya hidup dengan kemampuan.
Lima elemen dalam proses merancang kewangan iaitu mengurus, memantau, menentukan jumlah wang diperlukan dan untuk apa, membentuk rancangan berbelanja dan mematuhi rancangan yang dibuat. Mulakan dengan merujuk rekod kewangan seperti penyata bank, slip gaji, cukai pendapatan dan penyata kad kredit tahun lalu yang memberikan gambaran realistik mengenai berapa banyak pendapatan diperoleh dan di mana wang dibelanjakan.
Catat semua perbelanjaan setiap hari selama sekurang-kurangnya sebulan. Berpandukan rekod ini, keluarga boleh merancang perbelanjaan dengan lebih realistik. Jika terlebih belanja, usaha berjimat cermat. Walaupun pendapatan melebihi perbelanjaan, perancangan masih diperlukan untuk meningkatkan lagi kuasa berbelanja. Berjimat cermat adalah langkah pertama ke arah mengumpul kekayaan.
Semua rancangan simpanan bermula dengan mengurangkan perbelanjaan bulanan. Penyata pendapatan adalah ringkasan pendapatan dan perbelanjaan keluarga yang membolehkan keluarga menyemak pendapatan dan perbelanjaan lepas.
Sumber : Berita Harian
This blog is all about sharing thought and ideas which are related to money management, financial planning, passive incomes, investing, ASB, Gold and Dinar, Real Estate, Forex, Futures, Stock, Unit Trust and etc. I'm aiming to be a smart investor and any advise and ideas are most welcomed.
Tuesday, April 29, 2008
Bijak Merancang Menjamin Masa Depan
Categories
Financial Tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment