This blog is all about sharing thought and ideas which are related to money management, financial planning, passive incomes, investing, ASB, Gold and Dinar, Real Estate, Forex, Futures, Stock, Unit Trust and etc. I'm aiming to be a smart investor and any advise and ideas are most welcomed.

Thursday, April 24, 2008

Merangka Bajet Bulanan

Seringkali terjadi pada akhir bulan, wang seringkali tidak mencukupi untuk perbelanjaan, yang akan menyebabkan kita mengambil jalan seperti berhutang kad kredit dan juga lain2. Di akhir bulan jugalah kita tertanya2, ke manakah wang kita pergi, walhal pada awal bulan kita telah mendapat bonus, elaun tambahan dan sebagainya.

Di sinilah pentingnya untuk kita menyediakan pelan perbelanjaan, ataupun boleh juga dipanggil ‘cashflow‘. Pelan perbelanjaan ini amat penting untuk kita merancang semua perbelanjaan kita, dan akan memberi kita ‘gambaran’, ke manakah wang kita banyak mengalir keluar. Ianya bukan sahaja untuk golongan yang sudah bekerja, malahan yang masih belajar juga sudah boleh mula menyediakan perbelanjaan setiap bulan.

Pelan perbelanjaan ini akan dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu duit MASUK, dan duit KELUAR. Di bawah bahagian duit MASUK anda boleh masukkan sumber pendapatan seperti gaji, elaun, komisen dan lain2. Manakala bagi pelajar bolehlah masukkan sumber pendapatan seperti dari ibu bapa, biasiswa dan lain-lain. Bagi pelajar mendapat biasiswa (RM 12,000 setahun contohnya), bolehlah dibahagi kepada 12 bulan, seperti RM 1,000 sebulan.

Manakala untuk bahagian duit KELUAR, kita boleh masukkan semua perbelanjaan seperti bil elektrik, sewa rumah, petrol, makanan dan sebagainya. Sebarang simpanan (EPF, amanah saham, Tabung Haji) juga akan dimasukkan di bawah bahagian ini. Ini termasuklah takaful jika ada.

Dan di akhirnya anda akan membuat pengiraan (duit MASUK (tolak) duit KELUAR), dan anda akan mendapat baki samada surplus (positif), ataupun defisit (negatif). Jika anda mendapat baki negatif, bermakna anda telah berbelanja melebihi kemampuan dan anda perlu review semula corak perbelanjaan anda sehinggalah mendapat baki positif ataupun sama rata. Pastikan pelan ini disediakan pada awal bulan, dan bukannya pada akhir bulan setelah kita habis berbelanja!

Dan pelan ini hanyalah sebagai contoh dan terpulang pada anda untuk membuat ubahsuai pada jadual pelan mengikut kesesuaian dan keperluan anda.

DOWNLOAD FILE EXCEL BAJET BULANAN


No comments: