This blog is all about sharing thought and ideas which are related to money management, financial planning, passive incomes, investing, ASB, Gold and Dinar, Real Estate, Forex, Futures, Stock, Unit Trust and etc. I'm aiming to be a smart investor and any advise and ideas are most welcomed.

Tuesday, April 29, 2008

Rahsia Kebaikan Minum Air Suam

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.


Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Jadi, adalah sangat penting untuk minum sup panas atau air suam selepas menikmati sesuatu makanan.

Petanda Lazim Serangan Jantung
Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.


Read the rest of this entry >>...

Cara Yang Betul Guna Kredit Kad

Credit goes to Iskandar kerana meyenaraikan tips-tips yang berguna ttg cara-cara menggunakan kredit yang betul..

Ini adalah saranan saya pd yg pakai credit card. Saya dulu kerja kat Citibank bahagian customer service. Bila kerja kat situ baru tau yg rupa2nya ramai yg tak tahu camne nak pakai credit card. Reti swipe aje. Last2 muflis!

Ini caranya:

1) Fahami Interest Rate
Interest utk kredit kad adalah 18 % setahun. Lebih tinggi dari personal loan, housing loan dan mana2 loan lain. Dia cuma rendah sikit dari Along punya loan je. Dlm erti kata lain, credit card bakal membunuh anda kalau tak reti gunakannya

2) Bayar Full
Bila dah pakai $1000 tk bulan tu, silalah bayar $1000 juga. Jgn bayar minima atau kurang dari $1000 sebab anda tak akan rasa hutang itu meningkat. Tunggu setahun aje, kalau bayar minima anda akan terperangkap hutang.

3) Jgn ambil cash advanced
Interest rate dikira pd balance yg you tak bayar sahaja. Kalau you bayar full dlm masa yg ditetapkan, you tak byr pun interest. Tapi cash advance dikira pada semua cash yg you ambil, bermula dari tarikh you withdraw, sampai tarikh you bayar. Ini ramai tak tau. Cash advance adalah pembunuh gila2 nyerr!!!

4) Bayar yearly fee guna points
Bila dah dpt points tu, jgn la pi pakai buat tebus teddy bear. Simpan utk bayar yearly fee you. So , you pakai facilities credit card secara percuma.

5) Pakai 1 saja
Ada org suka pakai sampai berbelas2 kad. Dia ingat dia pandai, tapi sebenarnya dia tak pandai. Maximum pakai 2 saja - satu Visa, satu Mastercard.

6) Jaga kad elok2
Kalau kad dah ada, simpan elok2. Kalau tiba2 kad takde, terus call customer service immediately. Kalau you hilang kad pukul 2 tapi call pukul 5 dan dlm 3 jam tu ada org gunakan kad you .. you kena bayar. Sorry!

7) Boleh pakai di internet
Jgn takut, walaupun byk fraud, sebenarnya credit card company takleh nak detect pun ( buat masa ni lah). So selalunya kalau ada internet fraud pada kad you, dia akan cancelkan kad. Selalunya you mmg tak yah bayar. Yg rugi ialah kedai yg mana kredit kad tu kena charge je.

9) Pakai installment bila perlu
Kadang2 kita nak beli benda installment e.g Peti Ais tapi katakan Aeon punya interest rate tinggi. Boleh la pakai kad sebab ada kad yg boleh bagi installment tanpa interest/interest rendah. Tapi make sure bayar la.

Kesimpulan?
Kalau takleh disiplin, jgn pakai kad. Saya tak pakai pun kad kredit ( sebab dah tengok kehebatan pukulan hutang kad kredit ..). Wife saya saja pakai, itupun every month saya pastikan dia bayar full.

Wassalam. harap dpt membantu.


Read the rest of this entry >>...

Bijak Merancang Menjamin Masa Depan

BIJAK merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya tetapi ia mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan dan pelaburan.

Kebanyakkan keluarga yang menghadapi masalah kewangan adalah :-

tidak tahu ke mana wang dibelanjakan,
tidak pasti berapa banyak hutang,
bil-bil tertunggak,
bergantung kepada pendapatan tambahan,
menggunakan kredit untuk memenuhi keperluan hidup,
menggunakan simpanan untuk keperluan harian dan
tidak dapat langsung menyimpan.

Semua petunjuk yang disenaraikan bukanlah sesuatu yang asing bagi keluarga dan ia bukan bermakna keluarga mempunyai pendapatan rendah tetapi ini menunjukkan kewangan keluarga tidak diuruskan dengan cekap dan berkesan. Mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada. Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga mampu menghadapi cabaran atau kejadian yang tidak diduga selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggung jawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.

Menggunakan wang dengan berkesan bermaksud matlamat yang ditetapkan dapat dicapai manakala mengurus wang dengan cekap bermaksud menggunakan wang seminimum yang boleh untuk mencapai semaksimum matlamat yang boleh. Oleh kerana keperluan dan kehendak itu banyak, sedangkan wang terhad, keutamaan perlu ditentukan. Sebelum membelanjakan wang, tanya diri sendiri apakah sesuatu benda atau khidmat yang dibeli itu penting? Apakah ia tidak boleh ditangguhkan?

Antara kesilapan biasa dalam mengurus kewangan ialah sikap gemar berhutang berbanding membeli sesuatu benda atau perkhidmatan secara tunai. Kaedah pembelian secara kredit (kad kredit) yang kini menjadi cara hidup ramai menyebabkan banyak keluarga mengorbankan peruntukan kewangan di masa depan seterusnya gagal membuat simpanan untuk matlamat kewangan lebih penting.

Membuat pembayaran secara ansuran biasanya lebih mahal dibandingkan bayaran tunai kerana caj kewangan dikenakan seperti faedah dan caj perkhidmatan menyebabkan lebih terhad peluang untuk berbelanja di masa depan. Inilah sebabnya mengapa ramai eksekutif muda bankrap akibat berbelanja secara berhutang yang berlaku akibat tidak dapat menyesuaikan gaya hidup dengan kemampuan.

Lima elemen dalam proses merancang kewangan iaitu mengurus, memantau, menentukan jumlah wang diperlukan dan untuk apa, membentuk rancangan berbelanja dan mematuhi rancangan yang dibuat. Mulakan dengan merujuk rekod kewangan seperti penyata bank, slip gaji, cukai pendapatan dan penyata kad kredit tahun lalu yang memberikan gambaran realistik mengenai berapa banyak pendapatan diperoleh dan di mana wang dibelanjakan.

Catat semua perbelanjaan setiap hari selama sekurang-kurangnya sebulan. Berpandukan rekod ini, keluarga boleh merancang perbelanjaan dengan lebih realistik. Jika terlebih belanja, usaha berjimat cermat. Walaupun pendapatan melebihi perbelanjaan, perancangan masih diperlukan untuk meningkatkan lagi kuasa berbelanja. Berjimat cermat adalah langkah pertama ke arah mengumpul kekayaan.

Semua rancangan simpanan bermula dengan mengurangkan perbelanjaan bulanan. Penyata pendapatan adalah ringkasan pendapatan dan perbelanjaan keluarga yang membolehkan keluarga menyemak pendapatan dan perbelanjaan lepas.

Sumber : Berita Harian


Read the rest of this entry >>...

Monday, April 28, 2008

Loan Flat Rate vs APR - Yang Mana Untung ?

Artikel ni saya simpan dah lama hinggakan dah lupa kat mana saya download artikel tersebut..artikel ini menerangkan ttg 2 terms financial, iaitu flate rate dan APR (Annual Percentage Rate) yg selalu dikaitkan dengan loan..Oleh itu, utk pemahaman lanjut silalah baca artikel di bawah..

SISTEM PENGIRAAN FAEDAH PINJAMAN
----------------------------------

Sebelum saya mulakan bicara, saya ingin bertanya sesuatu kepada anda. Jika anda diberi 2 pilihan pinjaman peribadi, yang mana satukah pilihan anda?

1 - Pada kadar 7.00% setahun untuk 5 tahun
2 - Pada kadar APR 12.00% setahun untuk 5 tahun.

Secara mata kasar, anda mungkin memilih no:1 kerana anda menyangka kadar faedahnya adalah yang terendah. Tambahan pula, pegawai bank yang mempromosikan pakej pinjaman ini, begitu beriya-iya meyakinkan anda bahawa pakej pinjamannya adalah yang terendah di pasaran, caj faedahnya cuma 7% sahaja. Betul ke apa dia cakap ni?

Sebenarnya, apa yang ramai orang tidak tahu, pakej 1 dipromosikan menggunakan kadar nominal 7%. Jika ia diconvert kepada kadar APR, kadar sebenar pakej 1 adalah 12.5% setahun. Pakej no:2 sebenarnya adalah lebih baik kerana kadar
faedahnya lebih rendah iaitu 12% setahun.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis pengiraan faedah pinjaman yang utama, iaitu :-
1 - Kadar Nominal yang dikira secara straight calculation
2 - Kadar APR yang dikira secara compounding interest
-------------------------------------------------

Kadar nominal dalam bahasa paling mudah, adalah kadar pada nama sahaja dan bukannya kadar faedah sebenar untuk sesuatu pakej pinjaman. Ia biasanya digunakan untuk pinjaman jangka pendek seperti pinjaman kereta, pinjaman
peribadi, cash-advance dan biasanya dipromosikan sebagai "kadar tetap" (fixed
rate) untuk menarik perhatian orang ramai.

Cara pengiraan bayaran bulanan untuk kadar nominal adalah mudah kerana ia dilakukan secara straight calculation.

Sebagai contoh, pinjaman peribadi RM 15,000 pada kadar nominal 7.0% setahun untuk 5 tahun.

Darabkan 7% dengan 5 tahun untuk mendapatkan jumlah faedah keseluruhan. Anda akan mendapat 0.35. Darabkan 0.35 dengan RM 15,000 = 5,250 (faedah)

Jumlah bayaran balik = RM 15,000 + RM 5,250 = RM 20,250
Jumlah keseluruhan (harga jualan) Dibahagi dengan bilangan caruman bulanan = 60 bulan
Bayaran bulanan = RM 337.50 sebulan untuk 60 bulan.

Inilah pinjaman yang menggunakan kadar nominal. Mudah bukan?
----------------------------------------------

Kadar APR pula adalah kadar faedah sebenar yang dikira secara compounding interest (faedah berganda) dan biasanya diguna-pakai untuk pinjaman jangka panjang seperti pinjaman rumah, pinjaman perniagaan dan pinjaman pelaburan ASB.

Ia mungkin boleh didapati di dalam bentuk monthly rest atau daily rest, tetapi secara asasnya, kedua kedua pakej ini masih menggunakan kadar APR yang sama, iaitu dikira secara compounding interest.

Monthly rest bermaksud pengiraan faedah mengikut baki prinsipal bulanan manakala Daily rest bermaksud pengiraan faedah mengikut baki prinsipal harian

Untuk membuat pengiraan bayaran bulanan menggunakan kadar APR, anda perlu menggunakan financial calculator atau satu cara paling mudah, gunakan calculator untuk pinjaman rumah. Ianya sama sahaja.

MEMBEZAKAN KADAR NOMINAL DAN KADAR SEBENAR APR

-----------------------------------------------------

Satu panduan asas untuk kegunaan anda, kadar nominal jika ditukarkan kepada kadar sebenar APR, ianya hampir 2 kali ganda. Sebagai contoh, kadar nominal 7% setahun utk 5 tahun, bersamaan kadar sebenar APR 12.5% setahun untuk 5 tahun.
Hampir 2 kali ganda.

Jika anda tak percaya, cuba gunakan housing loan calculator, gunakan kadar faedah 12.5% setahun untuk pinjaman RM 15,000 selama 5 tahun. Anda akan mendapat bayaran bulanan RM 337.50 sama seperti pengiraan kadar nominal di atas.

SATU PENGAJARAN

---------------

Setiap kali anda ditawarkan atau mencari pakej pinjaman, semaklah terlebih dahulu akan kadar sebenar APR yang akan dikenakan. Tidak kira samada ia pinjaman konvensional mahupun pinjaman Islamik, jangan mudah terpedaya dengan kadar nominal yang dipromosikan kerana ia sekadar kadar pada nama sahaja.

Spt yang saya katakan, kadar nominal biasanya digunakan untuk pinjaman jangka pendek, samada utk pinjaman kereta, pinjaman peribadi atau cash advance dan biasanya pengiraannya dibuat mengikut bilangan caruman bulanan. Jika anda tak pasti, tanya pegawai bank / promoter loan tersebut.

Sebagai contoh, saya kongsikan satu pengalaman peribadi. Saya pernah ditawarkan oleh sebuah bank tempatan, untuk membuat cash-advance dari kad kredit pada kadar murah seperti pinjaman peribadi. Kadar faedah yang ditawarkan adalah sebanyak 12.% setahun untuk 1 tahun dan 14.4% setahun untuk 2 tahun.

Pada mulanya memang nampak rendah, tetapi apabila saya semak pengiraan kadar bayaran bulanan, saya mendapati mereka mengenakan faedah mengikut kadar nomina, dan bukannya kadar APR seperti yang biasa digunakan untuk kad kredit.

Apabila ditukar kepada kadar sebenar APR, pinjaman 12% untuk 1 tahun menjadi 21.40% manakala pinjaman 14.4% untuk 2 tahun menjadi 25.59%.

Kadangkala pegawai bank pun tidak tahu apa itu kadar nominal atau kadar sebenar APR. Mereka hanya mempromosikan mengikut apa yang diajar kepada mereka sahaja. Sebab itulah saya sarankan kepada anda semua, cuba selidik pakej pinjaman yang dipromosikan terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

Saya tahu, ada setengah orang suka korek lubang baru untuk tutup lubang lama. Ini merupakan satu teknik mengurangkan beban pinjaman yang ada. Tetapi jika anda tersilap pilih, anda mungkin ter'korek' lubang yang lebih dalam, untuk tutup
lubang lama.

Oleh itu, gunakan ilmu yang saya kongsikan ini, untuk menentukan pinjaman mana lebih rendah faedahnya, supaya hutang cepat selesai dan kehidupan tidak terlalu
terikat dengan bayaran bulanan yang terlalu tinggi.


Read the rest of this entry >>...

Friday, April 25, 2008

Semakan Rekod CCRIS di BNM

Untuk pengetahuan semua, apabila anda memohon pinjaman dari sesebuah institusi kewangan terutamanya bank dan syarikat finance, mereka akan melaksanakan proses penilaian kredit ke atas anda. Ianya adalah satu penyemakan latar belakang mengenai sejarah kredit terhadap bakal peminjam sebelum keputusan pemberian pinjaman dibuat.


Sebagai contoh:
Semakan dibuat melalui Biro Kredit di Bank Negara Malaysia menggunakan sistem yang dipanggil CCRIS (Central Credit Reference Information System). Antara maklumat yang dikumpulkan adalah butir maklumat peribadi anda spt nama, nombor i/c dan alamat, serta butir terperinci akaun kredit anda, seperti jenis kemudahan kredit/pinjaman yang anda ada, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status undang2 jika ada.

Jika anda mempunyai baki tertunggak pinjaman kereta 3 bulan. Ini akan memberi kesan kpd semakan kredit CCRIS anda, dimana jumlah bayaran tertunggak ini akan 'timbul' sebagai satu rekod pembayaran yang tidak elok.

Walaupun anda selesaikan bayaran 3 bulan yang tertunggak itu sekaligus, rekod pengendalian akaun anda akan tetap menunjukkan anda pernah tidak bayar pinjaman kereta untuk 3 bulan.

Dalam erti kata lain, semua maklumat ini ada direkodkan dan semuanya diberi kepada institusi kewangan berkenaan untuk membantu mereka membuat keputusan samada untuk meluluskan pinjaman atau tidak.

Sistem CCRIS atau Biro Kredit tidak memberi pendapat terhadap semakan kredit seseorang. Sebaliknya hanya memberi maklumat kredit sebagai rujukan bank berkenaan. Semua keputusan samada untuk meluluskan pinjaman, bergantung kepada polisi dan budi bicara bank tersebut.

Jadi, jagalah rekod pembayaran pinjaman anda dengan baik supaya ia memudahkan pengurusan kewangan anda di kemudian hari.

Diharap maklumat ini dapat membantu anda memahami mengapa pihak bank agak strict sejak akhir-akhir ini dalam meluluskan apa jua permohonan pinjaman.

Maklumat lanjut berkenaan biro kredit boleh didapati di:

BNM CREDIT BUREAU


Read the rest of this entry >>...

Melabur Dalam ASB Guna Loan Bank ?

Melabur dlm ASB guna loan bank,
Untung @ Rugi?...FIKIR-FIKIRKANLAH…


Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.
Contoh:

Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.

Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
——————————————————————

Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,82 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.

Untung atau rugi?

Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.


Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintainmembayar bulanan kpd loan

——————————————————————————†?—————

Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahunadalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

Untung pada mata kasar ==> RM 64,64

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.

Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000
—————————————————————
Kehilangan Keuntungan RM 143,018

Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !


Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adal h untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.

Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.

Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang.



Read the rest of this entry >>...

Who Wants To Be A Billionaire

Time boring camni seronok jugak dapat layan YouTube nie..best jugak laa...
teringat time isu AP hangat diperkatakan dulu..
anyway, enjoy...


credits to comedycourt.com


Read the rest of this entry >>...

Kisah Seorang Penghutang

Adakah hidup anda seperti Kamarul ???.......
ikuti kisah beliau ..

19 October 2006

"Kamarul, esok result keluar." Suara Imran kedengaran di hujung corong telefon. "Kalau ada yang sangkut, habislah aku, extend 6 bulan lagilah." Nafas Kamarul seakan tersekat-tersekat apabila mendengar kata-kata Amran tadi. Kamarul berdebar-debar, dia sudah tidak sanggup lagi burning the midnight oil.


Apabila keputusan keluar pada keesokan harinya, ia benar-benar bermakna bagi Kamarul. "Alhamdulillah, aku lulus." Bagaikan arus sejuk singgah di kepalanya, dengan kelulusan itu Kamarul dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Sejak hari itu, berpuluh-puluh permohonan kerja resume dihantar ke syarikat-syarikat besar. Akhirnya dia mendapat kerja di syarikat di Petaling Jaya, sebagai eksekutif dengan gaji RM1,500.

Disebabkan tiada pengangkutan awam ke tempat kerja dari rumahnya, Kamarul membuat keputusan membeli sebuah motosikal yang berharga RM 3,500. Dia kekurangan wang lalu ingin meminjam daripada ibunya sebagai wang pendahuluan dan membayar bakinya dengan ansuran bulanan sebanyak RM200 selama 3 tahun. Ibunya memberikan RM3,500 kepadanya supaya membeli motor itu secara tunai.

Apabila ada masa terluang pada hujung minggu, Kamarul pergi ke pusat membeli-belah bagi bermain boling dan menonton filem. Pada suatu hari dia diperkenalkan dengan kad kredit, selepas diberitahu dia tidak perlu membayar satu sen pun bagi memilikinya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Kamarul pun bersetuju. "Encik boleh faks satu salinan borang EA (borang pendapatan)."

Lebih kurang dua minggu kemudian, kad kredit itu sampai dan dia pergi ke bank bagi mendapatkan nombor PIN kad itu. Sejak hari itu, kad itu tersimpan kemas tidak terusik di dalam dompetnya. Kini hampir setahun ia tersimpan di dalam dompet tanpa menggunakannya.
Genap setahun bekerja di Syarikat ABC, Kamarul membeli sebuah kereta. Dia sudah tidak tahan dengan kepanasan cuaca dan terpaksa berteduh di bawah jambatan setiap kali hujan lebat.

Harga kereta : RM 53,000
Wang Pendahuluan: RM 1,500
Tempoh : 9 Tahun (108 bulan)
Ansuran : RM 624

Sejak memandu kereta, Kamarul mula menggunakan kad kredit bagi mengisi minyak keretanya. Sekiranya dahulu, dia membayar tunai kerana RM5 cukup bagi satu tangki minyak motornya, tetapi sekarang RM50 pun belum penuh satu tangki keretanya. Kamarul membayar minyak petrol keretanya menggunakan kad kredit dan menjelaskan bilnya apabila mendapat gaji pada hujung bulan. Pernah sekali kad kreditnya tidak dapat digunakan. Selepas kejadian itu, dia memohon satu lagi kad kredit dari bank yang lain. Sekiranya salah satu kad kreditnya rosak ataupun tidak diterima, dia masih ada satu lagi kad kredit yang dapat digunakan.

Seperti biasa, setiap tahun, gajinya akan naik di antara 5 - 9%. Kini gajinya RM 2,750. "Alhamdulillah dengan umur 26 tahun, aku sudah mendapat gaji sebesar ini." Hatinya benar-benar puas.

Jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Apabila sampai waktunya, semua remaja akan bersatu termasuklah Kamarul. Dia bertunang dengan Balqis dengan menetapkan hantaran kahwin sebanyak RM6,666.

Semasa dalam pertunangan, Kamarul membuat satu pinjaman peribadi bagi urusan perkahwinannya. "Alhamdulillah, pinjaman aku lulus." Kamarul merasa gembira pinjaman peribadi sebanyak RM 15,000 dari sebuah bank tempatan diluluskan. Dia memerlukan duit yang banyak bagi menampung kos hantaran dan majlis perkahwinannya yang akan diadakan secara sederhana. Selepas berkahwin dengan Balqis, Kamarul membawa isterinya ke Kuala Lumpur dan mereka menyewa rumah teres setingkat dengan kadar sewa sebanyak RM 600 sebulan.

Seperti kebiasaan pada setiap pasangan baru berkahwin, terdapat banyak kekurangan yang perlu disediakan bagi keselesaan hidup berdua. Semasa bujang dia banyak menggunakan televisyen, mesin basuh dan peralatan lain yang dimiliki oleh rakan-rakan serumah. Selain daripada keretanya, harta bujangnya adalah sebuah radio. Rumah Kamarul sunyi sepi, sekiranya dahulu balik dari tempat kerja, dia dapat menonton televisyen. Tetapi kini, selepas sembahyang Isyak, mereka terus masuk tidur. Tidak sampai seminggu, dia pulang dengan sebuah TV berjenama 29 inci. Hatinya puas apabila melihat senyuman Balqis yang sedang menonton drama kegemarannya itu.

Setiap hari dia terpaksa membeli lauk dan sayur-sayur kerana dia tidak mempunyai peti sejuk bagi menyimpannya. Akhirnya dia membeli sebuah peti sejuk yang besar dan selesailah sudah satu lagi masalahnya. Semasa bujang, dia menghantar pakaiannya ke kedai dobi, kini pakaiannya dibasuh di lantai bilik air yang sempit. Tidak tahan dengan keadaan itu, dia membawa pulang sebuah mesin basuh automatik yang dapat memuat muatan sehingga 7 kilogram. "Sayang, comforter pun kita boleh basuh dengan mesin ini, tidak payah lagi hendak hantar kedai dobi." Kamarul memberitahu isteri kesayangannya.

"Mana abang dapat duit beli semua ini? Abang dapat bonus, ya?" tanya si isteri. Kamarul menjawab sambil tersenyum, "Alah, abang ambil di Court, bayar ansur-ansur." "Kalau macam itu, boleh tak abang ambil microwave satu, senang lauk sejuk boleh kita panas, tahan lama sikit, tak payah buang." Balqis meminta. "Yelah sayang, nanti hujung minggu ini kita pergi ambil."

Setiap kali ada jualan murah, Kamarul mengambil kesempatan membeli barangan dengan harga yang murah. Pada masa ini, Kamarul sudah tidak lagi membayar semua perbelanjaannya melalui hutang kad kredit. Dia hanya membuat bayaran minimum kad kredit setiap kali menerima gaji. Pada masa ini dia sudah mulai mempunyai hutang kad kredit.

Semasa di tempat kerja, seorang rakan menegur, "Kamarul, engkau sudah buka e-mel?" tanya si Man. "Kenapa Man? Boss declare bonus ke ?" Biji mata Kamarul hampir terkeluar apabila membaca e-mel daripada pihak pengurusan yang tertera 2.5. Dalam hatinya. "Ni bukan 1 bulan tapi 2.5 bulan." Muka Kamarul berubah berseri-seri . "Wow, banyak ni, orang kaya barulah kita."

Sejak duit bonus sudah masuk ke dalam akaun semalam, Kamarul tidak dapat duduk diam. Dia asyik terkenangkan duit bonus itu. Akhirnya dia menjual keretanya dan membeli kereta 1.6 Automatik. Seperti biasa, bayar duit pendahuluan serendah yang mungkin dan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga maksimum.

Enam bulan selepas berkahwin, Kamarul membawa isterinya ke klinik pakar. Betapa gembiranya apabila doktor memberitahu isterinya mengandung. Setiap bulan Kamarul membawanya ke klinik pakar bagi memastikan kesihatan kandungan isterinya. Klinik ini menerima pembayaran melalui kad kredit.

Apabila sampai waktu bersalin, Kamarul memilih hospital swasta demi keselesaan isteri tercinta melahirkan zuriatnya yang pertama. Dia mengambil pakej tiga hari dua malam yang berharga RM 2,500 bagi bersalin secara normal. Akhirnya isterinya melahirkan anak lelaki yang comel seberat 3.2 kilogram melalui pembedahan Caesaran. Kamarul menggunakan salah satu kad kreditnya bagi membayar kos hospital yang berjumlah RM4,863.50. Dari lampin sehinggalah ke susu, semuanya berjenama dan berkualiti demi puteranya pewaris keturunan.

Kamarul berjaya mendapat kerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat gergasi dengan gaji permulaan RM3,900. Bagi meraikannya, dia membawa isteri dan anaknya makan besar di sebuah restoran makanan Jepun. Pembayaran dibuat dengan menggunakan kad kredit berjumlah RM 258.70.

Sudah tujuh tahun dia tinggal di rumah sewa dengan isteri dan anaknya. Sudah tiga kali dia berpindah, dari rumah teres setingkat tiga bilik sehinggalah rumah teres dua tingkat empat bilik. Daripada sewa RM 600 sehinggalah kini dia membayar RM1,000 sebulan.

Terdetik juga di hatinya, "Sampai bila aku nak hidup dengan menyewa?" Dia pergi ke bank menanyakan jumlah pembiayaan bagi sebuah rumah teres satu tingkat yang berharga RM 130,000. Alangkah terkejutnya apabila mendapati dia layak membuat pinjaman membeli rumah yang cantik, besar dan mahal. Apa lagi, dia pun membeli sebuah rumah teres dua tingkat berharga RM 176,000 dengan ansuran sebanyak RM1,233 selama 30 tahun. Semasa rumah sedang dalam pembinaan, dia membayar RM 700 sebulan bagi faedah selama dua tahun.

Akhirnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, pihak pemaju perumahan menyerahkan anak kunci rumah idamannya tiga bulan lebih awal daripada yang termaktub dalam perjanjian jual beli. Banyak juga barang yang tidak dibawa bersama ke rumah baru ini. Peti sejuk, mesin basuh dam sofa yang sudah usang tidak terkecuali disenaraikan dalam barangan yang akan dibuang.

Kamarul dan Balqis ingin memastikan mereka sekeluarga berpindah ke rumah baru dengan gembira dan selesa. Apa tidaknya, daripada sofa sehinggalah katil anak-anaknya, semuanya baru. Dengan 'Skim Bayaran Mudah', Kamarul dapat mengambil barangan bernilai hampir RM 15,000 dan hanya perlu membayar RM 419 setiap bulan secara ansuran selama 5 tahun.

Harga barang asyik meningkat, belum cukup bulan duit sudah habis. Bermula pada saat itu, Kamarul mula berjinak-jinak dengan kad kredit. Sekiranya dahulu kad kredit digunakan bagi membayar petrol kereta, kini bayaran servis kereta, bil telefon, bil elektrik sehinggalah barangan dapur semuanya dibayar dengan kad kredit. Setiap kali mendapat gaji, Kamarul memastikan pembayaran minimum dibuat bagi setiap kad kredit yang dimilikinya.

Kamarul dan Balqis sangat gembira semasa menyambut kelahiran anaknya yang keempat. Akhirnya Kamarul menukar lagi keretanya dengan membeli sebuah MPV yang berharga RM 100,000 lebih. Memang cantik, besar, selesa, dan kuasa enjinnya pula adalah 2.5cc. Dia menggunakan duit lebihan dari kereta 1.6 Automatiknya yang dijual. Ansuran bulanan hanyalah RM1,271 bagi tempoh 9 tahun. Lagipun dia baru menerima kenaikan gaji sebanyak 5% (gaji baru RM4090).

Pada suatu hari, berita memaparkan kenaikan minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol. Perbelanjaan petrolnya sudah meningkat tetapi tidak dirasainya kerana pembayaran dibuat menggunakan kad kredit. Sehingga kini, dia masih tidak tahu berapa jumlah yang dibelanjakannya bagi minyak keretanya setiap sebulan.

Dari hari ke hari, hutang Kamarul semakin meningkat disebabkan semua perbelanjaan dicajkan kepada kad kredit. Dia pula hanya membayar dengan bayaran minimum dan juga dikenakan dengan kadar faedah yang tinggi. Hutang semakin bertambah dan kini sudah setinggi gunung. Dia sudah tidak mampu mengira jumlah hutang sekarang. Lalu datanglah idea memotong separuh daripada hutangnya. Pinjaman perumahan yang sudah tinggal RM 90,000 dibiayai semula. Harga pasaran rumah itu pada masa ini adalah RM 280,0000. Dia mengambil pinjaman sebanyak RM240,000 dan menyelesaikan pinjaman perumahan di bank lama sebanyak RM 90,000. Baki RM130,000 digunakan membayar hutang kad kredit, skim bayaran mudah, pinjaman peribadi dan kereta.

Duit selebihnya digunakan bagi mengubahsuai rumahnya. Dia menyangkakan membuat keputusan yang bijak. "Aku sudah membua keputusan yang bijak, semua hutang aku bayar. Cuma hutang rumah bertambah sikit, ansuran tinggi sikit, tempoh ansuran bertambah sikit dan kadar faedah (keuntungan) yang dikenakan sikit sekiranya dibandingkan dengan dahulu, semuanya sikit-sikit sahaja." Kamarul mengelamun seketika sambil menghirup kopi panas di kawasan beranda rumah yang sudah diubahsuai. Jangan lupa sikit-sikit lama-lama jadi bukit....

Kamarul terjebak semula dengan hutang kad kredit. Dahulu dia merasakan dialah pengguna yang bijak, rupa-rupanya pengguna yang sudah dipijak. Kini hampir setiap hari dia diganggu oleh panggilan dari bank yang memintanya membayar ansuran yang tertunggak. Bagaimana dia hendak bayar, sekiranya hutang bagi satu kad kredit sudah mencapai beribu-ribu ringgit. Dia pula memiliki enam kad kredit. Belum lagi dicampur dengan hutang sofa, katil dan lain-lain yang diambil dengan skim bayaran mudah. Ia sudah pun tertunggak selama dua bulan.

Pulang dari kerja, dia dikejutkan lagi dengan surat-surat hutang. Kandungan surat itu memintanya menjelaskan hutang dalam masa 14 hari ataupun mereka akan mengambil tindakan saman. Segala simpanannya dikeluarkan bagi mengelakkannya menerima surat saman. Ada kalanya dia terpaksa menangguhkan bayaran ansuran rumah supaya dapat menjelaskan ansuran kad kredit yang sudah tiga bulan tertunggak.

"Abang, susu Aiman sudah habis." Balqis berkata pada suatu hari semasa Kamarul pulang dari pejabat. "Kenapa Balqis tidak beritahu awal bulan, sekarang mana abang ada duit!" Dalam poket seluarnya hanya ada RM3, dalam bank RM 16.42. Dia terpaksa mendapatkan bekalan susu di pasar raya yang menerima pembayaran melalui kad kredit. "Ah, lega... kad kredit diterima" katanya sambil matanya tertumpu pada mesin pembaca kad kredit.

Sampai sahaja di rumah telefon bimbitnya berbunyi. Balqis bingung mengapa Kamarul tidak menjawab panggilan itu. "Abang, telefon tu, kenapa tidak angkat?" tegur Balqis. "Biarlah, orang yang menguruskan kad kredit tu. Sudah pukul 7 malam pun masih nak bekerja, susahlah kalau macam ini." "Sudahlah sehari suntuk bank menelefon bertanyakan ansuran kereta yang dua bulan tertunggak. Bukan aku tidak mahu bayar, tetapi duit bulan ini sudah habis, tunggulah bulan depan," hatinya berbicara.

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Begitulah nasib Kamarul. Sehingga kini, sudah tiga kali dia naik turun mahkamah.

Hutang kad kreditnya sahaja sudah mencapai berpuluh-puluh ribu ringgit, tetapi gajinya masih di takuk lama. Kini hanya tinggal satu kad kredit sahaja yang dapat digunakan. Semua keperluannya terpaksa dibayar melalui kad kredit. Faedah yang perlu ditanggung lebih daripada RM500 sebulan itu belum dicampur pokok yang perlu dibayar.

Dia merasa takut apabila dilanda musibat kerana tidak mempunyai duit simpanan. Apabila keretanya rosak, dia tidak dapat menggunakan kad kredit kerana semua kad kreditnya sudah hampir mencapai had maksimum. Dia terpaksa menangguhkan pembayaran ansuran rumah dan kereta dan menggunakan duit gaji itu bagi membaiki keretanya. Kemalangan, kena saman, kereta rosak, anak masuk wad, ahli keluarga sakit dan insurans kereta tamat adalahperkara-perkara yang mampu membuatkan dirinya tertekan.

Kini, satu-satunya kenderaannya baru sahaja ditarik. Bagi mengurangkan kos, dia menghantar anak dan isterinya balik ke kampung buat sementara waktu. Sebenarnya dia tidak sanggup berpisah dengan mereka tetapi dia terpaksa. Dia sudah mendapat notis dari bank bagi mengosongkan rumah kerana ia akan dilelong.

Di kala Kamarul memerlukan sokongan daripada orang yang tersayang, dia diuji lagi dengan ujian yang besar. Isterinya memohon cerai kerana tidak tahan dengan keadaan hidup mereka yang semakin susah. Dia sudah tidak mampu memberi keperluan zahir kerana duit gajinya terpaksa digunakan membayar hutang-hutang itu.

Dipendekkan cerita, pada 23 Ogos yang lepas, dia diisytiharkan muflis. Dia berasa sangat malu melihat namanya terpampang di dada akhbar akbar tempatan.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL
EHSAN, MALAYSIA DALAM KEBANKRAPAN NO:XX-XXXX-XXXX
BER:
SI POLAN BIN SI POLAN
(NO. K/P:XXXXXX-XX-XXXX)
....Penghutang
EX-PARTE:
XYZ BANK BERHAD
...........
...............................................
..............................................

Habis semua harta Kamarul dilelong bagi membayar balik segala hutangnya. Selepas rumah dan keretanya dijual, dia masih berhutang sebanyak RM 45,000.

Kamarul berasa sangat tertekan. Dia merintih, "Mana aku hendak letak lagi muka aku ini, nama aku sudah tidak ada nilai lagi. Sekiranya dahulu dunia ini satu pinjaman, maka aku pinjamlah. Tetapi, kini aku sudah tidak ada apa-apa lagi. Hidup aku porak-peranda kerana hutang. Oh, malangnya nasibku, seorang yang mempunyai ijazah tetapi akhirnya kecundang. Tetapi kenapa yang banyak kecundang adalah orang yang berpendidikan tinggi seperti aku ? Harga diri aku sudah tergadai."

"Wahai cucuku, setiap yang lahir ke dunia ini dimuliakan oleh Tuhan dengan maruah. Tetapi yang menjatuhkan dan menggadaikannya adalah kita. Tuhan tidak pernah ingin perkara yang tidak baik kepada kita, ianya kita yang menghancurkan diri kita. Bertaubatlah, sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan pengampun." Suara seorang tua berpakaian serba putih yang muncul dalam mimpi semalam masih terngiang-ngiang di corong telinga Kamarul.

Ketika ini terdengar di corong telinga Kamarul. "Roh seorang Muslim..." "Ya Allah, janganlah ambil nyawaku pada masa ini. Aku benar-benar takut sekiranya Tuhan mengambil nyawa aku pada masa ini kerana aku mungkin menjadi muflis di dunia dan akhirat."

Hidup aku Porak Peranda Keranamu Hutang, RIBA dan Tiada BERKAT!

Fasa Kewangan Kamarul ( 4 Fasa)

Fasa 1 - Kais sebulan makan sebulan setengah

Sekiranya dahulu, pendapatan dan perbelanjaan Kamarul dapat diibaratkan 'Kais bulan makan sebulan setengah'. Tetapi selepas setahun di alam pekerjaan, Kamarul mengorak langkah dengan meningkatkan satu demi satu perbelanjaan tetap seperti ansuran kereta. Pada masa ini, Kamarul dapat menyimpan sebahagian daripada duit gajinya setiap bulan. Dia tiada hutang lain kecuali keretanya.

Fasa 2 - Kais bulan makan bulan

Selepas dua tahun, akhirnya Kamarul diibaratkan kais bulan makan sebulan. Gaji bulanannya hanya cukup membayar perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan melalui kad kredit yang semakin bertambah. Pada masa ini Kamarul tidak mampu lagi menyimpan kerana duit gajinya yang diperuntukkan bagi menyimpan telah dikikis oleh hutang kad kredit. Dia membayar balik segala perbelanjaan yang dibeli melalui kad kredit pada setiap bulan. Hutangnya pada masa ini adalah kereta dan rumah.

Fasa 3 - Kais bulan makan setengah bulan

Tanpa menyedari hakikat yang satu malapetaka yang teramat besar akan
menimpanya tidak lama lagi, dia masih berbelanja tanpa membuat sebarang perancangan. Pada masa ini pendapatan bulanannya hanya mampu menanggung kos perbelanjaannya bagi setengah bulan manakala baki separuh lagi gajinya digunakan bagi membayar ansuran hutang. Dalam masa yang sama, dia terpaksa berhutang bagi separuh daripada keperluan yang tidak mampu dibayarnya dengan tunai. Akibatnya hutang kad kreditnya bertambah dari hari ke hari. Sekiranya dia memilih melambatkan pembayaran hutangnya, surat saman akan sampai kurang daripada tujuh hari. Ini kerana hampir semua ansuran
hutangnya tertunggak 2 bulan.

Fasa Terakhir - Kais bulan boleh makan seminggu

Sekarang Kamarul benar-benar di persimpangan, ¾ daripada gajinya digunakan bagi membayar ansuran minimum ataupun yang sudah tertunggak 3 bulan. Hanya tinggal suku daripada gajinya bagi makan, minum, pakai dan memenuhi keperluan asas yang lain. Gaji masuk setiap 28 haribulan. Pada 29 haribulan, duit dalam akaun sudah tinggal RM 78.42. Pada masa ini, Kamarul diwartakan sebagai muflis. Bukan kebaikannya yang dipamerkan di dada-dada akhbar tetapi hutang piutang yang tidak mampu dibayarnya

Jika anda mempunyai masalah seperti Kamarul atau kenal sesiapa yang mempunyai masalah seperti Kamarul, apakah jalan penyelesaian terbaik untuk Kamarul dan insan sepertinya??

Fikir-fikirkanlah...


Read the rest of this entry >>...

Thursday, April 24, 2008

Merangka Bajet Bulanan

Seringkali terjadi pada akhir bulan, wang seringkali tidak mencukupi untuk perbelanjaan, yang akan menyebabkan kita mengambil jalan seperti berhutang kad kredit dan juga lain2. Di akhir bulan jugalah kita tertanya2, ke manakah wang kita pergi, walhal pada awal bulan kita telah mendapat bonus, elaun tambahan dan sebagainya.

Di sinilah pentingnya untuk kita menyediakan pelan perbelanjaan, ataupun boleh juga dipanggil ‘cashflow‘. Pelan perbelanjaan ini amat penting untuk kita merancang semua perbelanjaan kita, dan akan memberi kita ‘gambaran’, ke manakah wang kita banyak mengalir keluar. Ianya bukan sahaja untuk golongan yang sudah bekerja, malahan yang masih belajar juga sudah boleh mula menyediakan perbelanjaan setiap bulan.

Pelan perbelanjaan ini akan dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu duit MASUK, dan duit KELUAR. Di bawah bahagian duit MASUK anda boleh masukkan sumber pendapatan seperti gaji, elaun, komisen dan lain2. Manakala bagi pelajar bolehlah masukkan sumber pendapatan seperti dari ibu bapa, biasiswa dan lain-lain. Bagi pelajar mendapat biasiswa (RM 12,000 setahun contohnya), bolehlah dibahagi kepada 12 bulan, seperti RM 1,000 sebulan.

Manakala untuk bahagian duit KELUAR, kita boleh masukkan semua perbelanjaan seperti bil elektrik, sewa rumah, petrol, makanan dan sebagainya. Sebarang simpanan (EPF, amanah saham, Tabung Haji) juga akan dimasukkan di bawah bahagian ini. Ini termasuklah takaful jika ada.

Dan di akhirnya anda akan membuat pengiraan (duit MASUK (tolak) duit KELUAR), dan anda akan mendapat baki samada surplus (positif), ataupun defisit (negatif). Jika anda mendapat baki negatif, bermakna anda telah berbelanja melebihi kemampuan dan anda perlu review semula corak perbelanjaan anda sehinggalah mendapat baki positif ataupun sama rata. Pastikan pelan ini disediakan pada awal bulan, dan bukannya pada akhir bulan setelah kita habis berbelanja!

Dan pelan ini hanyalah sebagai contoh dan terpulang pada anda untuk membuat ubahsuai pada jadual pelan mengikut kesesuaian dan keperluan anda.

DOWNLOAD FILE EXCEL BAJET BULANAN



Read the rest of this entry >>...