This blog is all about sharing thought and ideas which are related to money management, financial planning, passive incomes, investing, ASB, Gold and Dinar, Real Estate, Forex, Futures, Stock, Unit Trust and etc. I'm aiming to be a smart investor and any advise and ideas are most welcomed.

Friday, April 25, 2008

Semakan Rekod CCRIS di BNM

Untuk pengetahuan semua, apabila anda memohon pinjaman dari sesebuah institusi kewangan terutamanya bank dan syarikat finance, mereka akan melaksanakan proses penilaian kredit ke atas anda. Ianya adalah satu penyemakan latar belakang mengenai sejarah kredit terhadap bakal peminjam sebelum keputusan pemberian pinjaman dibuat.


Sebagai contoh:
Semakan dibuat melalui Biro Kredit di Bank Negara Malaysia menggunakan sistem yang dipanggil CCRIS (Central Credit Reference Information System). Antara maklumat yang dikumpulkan adalah butir maklumat peribadi anda spt nama, nombor i/c dan alamat, serta butir terperinci akaun kredit anda, seperti jenis kemudahan kredit/pinjaman yang anda ada, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status undang2 jika ada.

Jika anda mempunyai baki tertunggak pinjaman kereta 3 bulan. Ini akan memberi kesan kpd semakan kredit CCRIS anda, dimana jumlah bayaran tertunggak ini akan 'timbul' sebagai satu rekod pembayaran yang tidak elok.

Walaupun anda selesaikan bayaran 3 bulan yang tertunggak itu sekaligus, rekod pengendalian akaun anda akan tetap menunjukkan anda pernah tidak bayar pinjaman kereta untuk 3 bulan.

Dalam erti kata lain, semua maklumat ini ada direkodkan dan semuanya diberi kepada institusi kewangan berkenaan untuk membantu mereka membuat keputusan samada untuk meluluskan pinjaman atau tidak.

Sistem CCRIS atau Biro Kredit tidak memberi pendapat terhadap semakan kredit seseorang. Sebaliknya hanya memberi maklumat kredit sebagai rujukan bank berkenaan. Semua keputusan samada untuk meluluskan pinjaman, bergantung kepada polisi dan budi bicara bank tersebut.

Jadi, jagalah rekod pembayaran pinjaman anda dengan baik supaya ia memudahkan pengurusan kewangan anda di kemudian hari.

Diharap maklumat ini dapat membantu anda memahami mengapa pihak bank agak strict sejak akhir-akhir ini dalam meluluskan apa jua permohonan pinjaman.

Maklumat lanjut berkenaan biro kredit boleh didapati di:

BNM CREDIT BUREAU

No comments: